Thursday, October 27, 2016

Perkahwinan


0007 Jumaat 28 October 2016

Tinggal beberapa jam sahaja lagi untuk aku bergelar seorang suami. Countdown yang sentiasa diupdate oleh tunang aku, Belina melalui apps dalam phone nya setiap hari bermula ratus-ratus hari dulu kini tinggal 0. Sungguh aku tak sangka. Mengikut waktu aku menulis sekarang, ini ialah malam terakhir aku selaku seorang bujang. 24 tahun, dan kemudiannya akan melangkah fasa paling penting dalam kehidupan seseorang manusia. Aku masih tidak percaya.

Hujung tahun, 2015.

Setelah beberapa kali siri perbincangan dengan Belina, akhirnya aku memutuskan untuk memberitahu ayah tentang hasrat untuk berumah tangga. Sungguh, malam sebelum aku menyampaikan hasrat itu, aku tidak boleh tidur. Macam-macam perkara aku fikirkan. Adakah aku sudah layak bergelar seorang suami dan ketua keluarga? Stabil kah kewangan aku untuk membina kehidupan baru? Semuanya berlegar di fikiran sepanjang malam.

Aku mengaku, aku tidak mempunyai wang yang banyak. Aku tidak punya kemewahan, barang-barang aku semua aku catu. Sebenarnya sudah tidak terkira berapa banyak kali kah aku pergi ke kedai atau hendak ke kedai, yang akhirnya berkahir dengan aku akan patah balik kerana tiba-tiba aku berasa yang duit untuk membeli barang itu boleh aku gunakan untuk benda lain. Handphone yang aku ada sekarang ialah yang paling rendah martabat dalam keluarga besar aku. Bahkan mungkin harta-harta lain juga.

Jadi sebenarnya bersediakah aku untuk menyara kehidupan aku dan isteri? Aku tidak ada jawapan waktu itu, bahkan sehingga ke saat ini aku masih tidak punya jawapan yang tepat. Namun aku gagahkan diri untuk memberitahu hasrat ini, dan selepas aku menyampaikan hasrat, alhamdulillah ayah dan ibu menerima dengan positif. Selesai satu ketakutan.

Namun, dalam menyampaikan berita ini kepada keluarga besar, aku menghadapi sedikit konflik yang aku sendiri cipta. Jujur, aku berasa takut untuk memberitahu hal ini kepada mereka semua kerana aku tahu dari banyak aspek aku masih kurang. Adakah mereka boleh menerima seseorang yang nampak tidak bersedia ini untuk menjadi suami orang? Aku memang takut untuk bercerita. Dan pada waktu ini, berlaku sedikit konflik. Memang salah aku, yang gagal dalam menyampaikan hal dengan baik. Namun, akhirnya semua dapat diselesaikan dengan baik dan aku tidak lupa untuk berterima kasih kepada semua yang menerima dengan hati terbuka dan membantu aku untuk segala persediaan yang akan datang.

Rombongan awal diketuai ayah, ibu beserta ayahlong dan ciklong bertandang ke rumah Belina untuk sesi merisik. Ketika sesi berlangsung, aku melepak di Tesco bersama Im dan Luqman yang sibuk nak main arcade.

Tunang. Secara rasminya aku sudah bertunang. Selangkah ke arah merealisasikan masjid yang bakal dibina. Ketika ini, keluarga sebelah arwah mak dan keluarga mama (orang yang menjaga aku sejak kecil) bersama-sama dalam rombongan ke Rawang. Alhamdulillah majlis berjalan lancar semuanya. Terima kasih kepada semua yang membantu saat ini dan akan membantu lagi dalam persiapan perkahwinan nanti. Tarikh yang ditetapkan ketika ini ialah 28 Oktober untuk akad nikah, 29 Oktober untuk majlis sebelah perempuan dan 5 November untuk majlis sebelah lelaki.

Disebabkan UIA convo pada 5 November, kami semua mengambil keputusan untuk membawa ke hadapan seminggu untuk majlis di Kuantan iaitu 12 November.



Untuk nampak terletak cantik dalam phone, sila buka melalui Iphone 6

 Kembali kepada waktu sekarang.

Ada banyak perkara yang masih aku tak bersedia. Antaranya berkaitan tempat tinggal. Tempat tinggal yang aku sewa sekarang masih kosong, tidak berbarang, memang hanya boleh dikatakan ada bumbung untuk kami suami isteri tidur nanti. Itu sahaja. 

Namun yang paling aku fikirkan ialah untuk meninggalkan rumah Cikteh yang aku diami sejak setahun lebih lepas. Sebelum ini memang sudah aku duduk di sini namun lebih kepada on off kerana duduk di uia dan sekolah di Seremban, namun sejak bekerja setahun lepas inilah rumah aku, tempat aku tidur, makan, berehat dan segalanya. Aku tidak kata aku sukar untuk berpindah ini kerana lepas ini makan aku mungkin tak sesedap sekarang, tilam aku mungkin tak empuk atau rumah tidak ada internet laju, tidak, bukan semua itu. Aku akan rasa sukar kerana pengorbanan Cikteh dan Cikmat serta seluruh ahli keluarga yang memberi aku tempat tinggal dan menganggap aku sebahagian daripada keluarga ini.

Itu sangat mengharukan aku.

Bagaimana untuk aku membalas jasa-jasa mereka semua? Dalam satu aspek, aku rasa aku perlu tinggal lagi dan berbakti dengan mereka. Apa sahaja aku boleh tolong aku akan tolong. Namun dalam aspek lain aku akan ada kehidupan baru yang aku sendiri kemudi. Ibarat sebuah kapal besar di laut bergelora, aku akhirnya dilepaskan ke laut untuk menjadi kapten kapal kecil aku. Bukan laut itu yang aku tidak sanggup tempuh, namun jasa kapal yang besar itu membentuk jati diri aku untuk berdikari yang aku tak tahu bagaimana untuk balas.

Aku perlu kuatkan azam. Apa jua yang berlaku, keluarga mesti aku utamakan. Kerana mereka yang membentuk aku untuk mengemudi kehidupan kecil aku, kenapa tidak aku datang kembali untuk membantu menolong kerja-kerja di kapal besar mereka.

Aku sangat sebak sekarang dengan pengorbanan semua orang terhadap aku. 


Aku dah tak mampu menulis.

Ya Allah ampunilah dosa-dosa mereka yang banyak membimbing dan membantu aku.

Sunday, October 9, 2016

Main Bola Mesti Nak Score, Begitu Juga Hidup!

Satu konsep asas dalam permainan bola sepak ialah, berusaha menggunakan segala kelebihan yang ada untuk menjaringkan gol dan memenangi perlawanan. Cara untuk mencapai kemenangan hanyalah satu, menjaringkan gol melebihi pihak lawan. 

Bijak Menggunakan Kekuatan

Setiap pihak pasti akan ada kekurangan. Pasukan yang tewas bukanlah pasukan yang hanya ada kekurangan, tapi pasukan yang tidak menggunakan kekuatan tersendiri untuk mengatasi kekurangan itu dan begitulah sebaliknya. Ada pasukan yang menang dengan jaringan 1-0 atau 2-0, dan ada juga yang menang dengan jaringan 6-5. Bagi yang menang 6-5, ternyata mereka punya kelemahan, namun mereka menutupnya dengan kekuatan tersendiri.

Seseorang yang berjaya dalam mana-mana aspek dalam hidupnya pasti tidak lari daripada terkait dengan konsep asas bola sepak itu tadi. Beliau berjaya bukan kerana beliau tidak langsung punya kekurangan namun beliau bijak menggunakan kekuatan yang ada untuk berjaya. Tidak ada manusia yang berjaya hanya dengan bersenang-lenang sahaja, sedangkan untuk perlawanan bola sepak yang penting pun kadang kala memakan masa berbulan-bulan untuk berlatih dan merencana strategi untuk menang.

Maksimakan Setiap Unit

Bagaimana menggunakan kekuatan? Melalui penggunaan maksima setiap perkara yang ada dalam pasukan. Pertahanan menjalankan tugas bertahan dengan baik, pemain tengah menggerakkan pasukan dan penyerang menyudahkan setiap peluang dengan gol. Dan dalam konteks lebih besar, setiap posisi bergerak dan membentuk satu unit yang kuat.

Gunalah setiap inci tubuh anda dengan betul untuk mencapai matlamat. Jika mahu mengangkat benda yang berat contohnya, bukan sahaja kekuatan fizikal yang diperlukan. Kecerdasan minda juga penting, begitu juga dengan penglihatan mata dan lain-lain. Jika mengangkat benda yang berat itu sebenarnya boleh diselesaikan dengan menggunakan mana-mana alatan yang akan membantu, bermakna anda sudah menggunakan kecerdasan minda untuk berfikir.

Bayangkan sibuk mengangkat barang ke hulu ke hilir walhal ada saja kereta sorong di tepi pokok.

Fokus Terhadap Satu Perkara Dahulu

Dalam sesuatu kejohanan atau liga bola sepak, pastinya impian yang mahu dicapai ialah untuk memenangi piala tersebut. Jika tadi kita menyebut tentang cara untuk menang dalam perlawanan ialah dengan menggunakan kekuatan, ia berlainan pula dengan cara untuk memenangi piala. Sesebuah pasukan itu perlu konsisten dan fokus untuk menyelesaikan satu-satu perlawanan dahulu. Setiap perlawanan itu penting, untuk mendapat mata ataupun untuk melayakkan diri ke perlawanan seterusnya. Jadi semua ahli pasukan perlu fokus dan berfikir tentang keutamaan.

Pasukan hanya akan gagal jika terlampau banyak keutamaan diberikan pada satu-satu masa. Baru di peringkat suku akhir sudah sibuk merencara strategi untuk berlawan di separuh akhir. Akibatnya, terkandas di suku akhir dan semuanya hancur.

Di dalam kehidupan kita, pasti akan ada banyak perlawanan-perlawanan yang perlu dihadapi. Kita hanya perlu mengenalpasti perlawanan yang manakah yang kelak akan membantu kita untuk melangkah lebih jauh dalam hidup ini. Barulah kita dapat fokus untuk menyelesaikan sesuatu dengan jaya sebelum melangkah ke matlamat lain.

Ya, memang kadangkala akan ada bermacam-macam perkara yang sama pentingnya datang serentak menyerbu kepala otak. Namun harus diingat, pasukan JDT yang teramat hebat di dunia itu pun boleh menang Liga Super dan Piala AFC pada satu musim.

Justeru, main bola kita memang nak cari jaringan gol, begitu juga hidup. Seperti bola sepak, gol hanya satu. Maka tetapkan matlamat kita untuk menjaringkan gol itu dahulu. Jika sudah menang, akan ada perlawanan lain menanti, dan semestinya kita kena sumbat gol lagi.

Barulah menang piala!



Monday, September 26, 2016

Jangan berhenti kerja untuk memulakan sesuatu yang anda minat

Hari ini saya terbaca sebuah artikel dalam Bahasa Inggeris yang jika diterjemah tajuknya secara ringkas berbunyi, "Jangan Berhenti Kerja Kerana Mahu Memenuhi Minat".

Daripada tajuknya sahaja terus saya tertarik untuk membacanya kerana kita seringkali dimomokkan dengan artikel-artikel yang menyuruh kita berhenti melakukan sesuatu di luar kerelaan, terus mengejar cita-cita dan minat serta praktikkan minat anda dalam kehidupan seharian sehingga anda merasa anda tidak pernah bekerja setiap hari.

Artikel ini keseluruhannya berkisar dengan gaya hidup anda sendiri. Kuatkah diri anda untuk berdiri di atas kaki sendiri? Mampukah sebenarnya anda membahagikan masa dan tenaga untuk bekerja menyara hidup anda sendiri? Impian semua orang untuk menjadi bos kepada diri sendiri tapi tahukah sebenarnya bos itulah yang sering tidak tidur malam memikirkan adakah wang ringgit pada hari esok.

Artikel ini kemudiannya meneruskan momokannya dengan mempersoalkan adakah anda sebenarnya boleh menukar minat anda ke dalam bentuk wang ringgit. Perlu diingat, mempunyai minat sebagai hobi dan minat sebagai sumber kewangan hari ke hari adalah berlainan sama sekali. 

Kita mungkin boleh tertukar minat yang kita ada itu kepada sesuatu yang kita benci dan memberi penuh tekanan emosi jika di akhirnya kita tidak berjaya menukarnya kepada wang ringgit.

Artikel ini sangat menarik kerana sehingga 2/3 karangan pun, kita masih tidak tahu hala tuju penulis. Adakah beliau betul-betul mahu menghentam orang yang berhenti kerja kerana minat atau adakah beliau seorang yang telah tersalah langkah kerana terlampau terpengaruh dengan cakap-cakap orang bahawa anda perlu menjadikan minat anda sebagai sumber pendapatan.

Beliau juga mempersoalkan kita, selaku anak muda, bahawa apakah salahnya dengan bekerja di pejabat dari 8-5 petang setiap hari. Adakah salah dengan punca rezeki itu? Adakah memang ditakdirkan semua orang perlu ke arah keusahawanan dan membuka perniagaan sendiri? 

Sehinggalah di akhirnya penulis berkata, anda jangan berhenti kerja kerana minat, tapi berhentilah kerja kerana keperluan. Berhentilah kerana anda memang sudah tidak tahan untuk duduk terperap di dalam ofis dari subuh hingga ke isyak, berhentilah kerana anda ada keluarga yang perlu diuruskan, berhentilah kerana anda sudah tidak mampu menipu diri sendiri membuat perkara yang anda benci, dan berhentilah kerana ada alternatif lain yang menunggu anda.

Tapi jangan berhenti kerana minat.

Minat tidak membawa pulangan wang ringgit, sekiranya anda tidak ada keperluan untuk menguruskan minat itu.

Thursday, September 22, 2016

Tiroi Wanderers : Sejarah Penubuhan Kelab

Tiroi merupakan sebuah pekan kecil yang terletak bersebelahan dengan pekan Labu, di dalam daerah Seremban, Negeri Sembilan. Sebagai sebuah pekan kecil yang hanya mempunyai beberapa deretan kedai, Tiroi dilengkapi dengan kemudahan stesen keretapi yang menghubungkan terus penduduk Tiroi dengan bandar-bandar besar di Malaysia seperti Kuala Lumpur dan Seremban. Ini jelas berbeza dengan bandar-bandar besar lain di Malaysia seperti Kuala Terengganu, Kuantan dan beberapa kawasan elit lain seperti Sri Hartamas dan Bangsar yang tidak mempunyai stesen kereta api sendiri, lantas menjadikan Tiroi sebagai sebuah pekan yang maju selangkah ke hadapan berbanding kawasan-kawasan yang disebutkan tadi.

Berdekatan dengan stesen Tiroi, wujudnya sebuah institusi pendidikan yang menggunakan nama Labu sebagai kawasan terletaknya institusi tersebut. Di dalam institusi tersebut, wujudnya rakyat-rakyat yang majoritinya terdiri daripada remaja berusia 13-19 tahun yang sering dapat dilihat memenuhi kawasan padang yang tidak rata dan berpasir pada setiap petang untuk bermain bola sepak. Bola sepak di situ dimainkan dengan harmoni, setiap darjat umur akan bermain sesama sendiri dan berkongsi padang yang sama. Cuma kadang-kadang remaja yang berumur 13 dan 14 tahun akan bermain bersama kerana cuma tinggal satu slot padang yang tinggal.

Melihat kepada perkembangan bola sepak yang pesat ini, beberapa remaja tersebut yang sudah menjangkau usia melebihi had bermain bola di institusi tersebut mula memikirkan satu idea untuk meneruskan legasi bola sepak walaupun masing-masing sudah berkelana jauh daripada Tiroi dan Labu. Menerus perbincangan dan mesyuarat yang sering dijalankan di Skype dan mesyuarat fizikal di Hotel Royal Chulan, beberapa orang anak muda mula mengorak langkah berani untuk menubuhkan sebuah pasukan kelab bola sepak yang mengambil zouq atau nyawa daripada budaya bola sepak Tiroi. 

Lantas tertubuhlah Tiroi Wanderers.

Idea dan nama Tiroi Wanderers ini terhasil hasil daripada mesyuarat di Skype bersama Pengarah Urawa Reds Diamonds (kelab J-League Jepun), Keizo Fuchita. Keizo, atau nama mesranya Ita, menegaskan bahawa matlamat utama penubuhan sesebuah kelab bola sepak ialah untuk merakyatkan sukan itu. Bola sepak sepatutnya menjadi wadah di mana rakyat dapat mengambil ibrah dan mengeratkan silaturrahim sesama insan. 

Tidak puas dengan jawapan itu, anak-anak muda itu kemudiannya berbalas WeChat dengan Pengurus Gamba Osaka (juga kelab J-League Jepun), Kenta Hasegawa untuk bertanyakan lebih lanjut tentang bola sepak dan masyarakat. Kenta dengan nada cautious memberitahu bahawa budaya masyarakat dan bola sepak ini sudah diwujudkan oleh kelab-kelab Jepun untuk menanam rasa cinta masyarakat terhadap sukan. Beliau memberi contoh, semua kelab-kelab di Jepun diwajibkan untuk menamakan bandar atau pekan yang menjadi tempat asal kelab bolasepak itu dalam nama pasukan masing-masing. Contohnya seperti Gamba OSAKA, URAWA Reds, KASHIMA Antlers dan banyak lagi. 

Jadi bagaimana pula dengan nama Wanderers? Wander dalam terjemahan Kamus Oxford Fajar bermaksud bersiar-siar atau berjalan dengan rilek dan tenang. Bagi penduduk Tiroi dan kawasan sekitar, maksud Tiroi itu sendiri sudah memberi makna bersiar-siar.

Contoh ayat. "Kau nak ke mana?" "Tiroi." "Oo, nak ke KL atau Seremban?" 

Jelas bahawa perkataan Tiroi itu sendiri membawa maksud yang lebih besar. Ini juga menunjukkan Tiroi sebagai satu hub penting dalam perjalanan pergi balik rakyat Malaysia dari KL ke Seremban. Selain itu, keadaan Stesen Tiroi yang tidak terjaga kaunter tiket dan mesinnya juga menjadi pemangkin untuk mereka-mereka yang mahu naik kereta api secara percuma. Naik dari Tiroi tak perlu bayar sebab mesin tiket hancur, lepastu turun je mana-mana dan keluarlah dari stesen dengan selamat, asalkan anda tak lalu tempat scan tiket. Itu sahaja.

Kini, Tiroi Wanderers sibuk dalam rangka persiapan untuk menjadi salah sebuah kelab yang bukan sahaja hebat di kawasan Seremban-KL, malah seluruh Malaysia. Menjelang tahun 2027, dikhabarkan penduduk Tiroi akan sangat berbangga dengan kelab bolasepak ini sehingga akan wujudnya slogan, 'Kami Bangsa Tiroi'.

Untuk itu, pihak pengurusan Tiroi Wanderers, seluruh pemain serta para penyokong amat mengharapkan sokongan anda untuk sama-sama memajukan kelab kecil ini. Diharap agar usaha murni ini akan beroleh ganjaran yang besar di waktu akan datang, seterusnya mengangkat nama Tiroi, dan akhir sekali bola sepak Malaysia. Hidup Tiroi Wanderers!

Wednesday, September 21, 2016

A.Ash Design: TWFC 24 September


Latest design for the most successful club in Tiroi and Labu, Tiroi Wanderers Fc for their upcoming match. 


Untuk design rilek-rilek,
Ariff Ashman
014 - 5327392
ariff.ashman@gmail.com

Thursday, September 15, 2016

A.Ash Design: Tiroi Wanderers v Sovereign FC

September Fixtures!

New poster design for Tiroi Wanderers.


Untuk design rilek-rilek,

Ariff Ashman
014 532 7392
ariff.ashman@gmail.com

Saturday, September 10, 2016

Kesengsaraan yang Menyeronokkan

Tinggal tak sampai 2 bulan sahaja lagi untuk aku bertukar status daripada bujang kepada suami orang. Dalam hati macam-macam perasaan ada dan aku tak nafikan perasaan ini bercampur-baur mengikut tempoh. Bermula dari tempoh sebelum bertunang, sehinggalah sekarang, perasaan itu akan bertukar ganti. Hari ini, aku nak cerita tentang itu.

Sebelum bertunang, ianya lebih kepada rasa tak sabar. Ya lah, kau nak bertunang kan. Nak tukar status daripada bujang kepada tunangan orang. Lain macam pergi dia beb! Ianya memang satu benda yang major dalam hidup, untuk berubah status dan paling penting aku sudah menyatakan kesediaan untuk berkahwin. Did I say kesediaan untuk berkahwin? Haa part ni tiba-tiba perasaan kau berubah daripada gembira, kepada bertanggungjawab. Masa ni rasa macam ada bebanan sikit kat bahu. Yang buat kau lebih rasa bertanggungjawab? Kau masuk Habib beli cincin. Haa masa ni tahap bertanggungjawab tu mencanak tinggi. Gila apa seumur hidup tak pernah masuk Habib tiba-tiba dalam wallet ada business card manager Habib Alpha Angle Wangsa Maju?

Selepas bertunang, perasaan akan lebih terarah kepada persiapan majlis kahwin. Pinterest akan menjadi peneman setia untuk mendapatkan idea tentang majlis kahwin nanti. Nak tema apa semua akan ada kat situ, rajin tak rajin je nak cari. Tapi aku mengaku sampai sekarang aku tak dapat lagi tema cuma yang ada je tema colour.

3 bulan sebelum majlis kahwin, anda akan hilang mood dah untuk majlis. Masa ni sebab dah kena pikir duit. Mana nak cekau duit tiba-tiba. Mana nak cari duit nak sewa rumah, isi barang dalam rumah, duit doorgift, duit nak beli baju kahwin, duit catering, duit khemah, duit homestay, duit barang hantaran dan paling pening, duit hantaran.

Duit.

Masa inilah datang kesengsaraan itu. Namun rezeki itu luas, Sudah banyak kali bank tinggal habuk tapi alhamdulillah semua masih boleh settle. Masa inilah datangnya kesengsaraan yang menyeronokkan. Selepas satu persatu to-do list berjaya di tick. Dan aku baru sahaja melalui kesengsaraan major yang menyeronokkan.

Aku baru berjaya sewa rumah untuk hidup selepas kahwin nanti.

Kejayaan itu memberi motivasi untuk lebih berjaya dalam kesengsaraan-kesengsaraan yang lain. Haha!

Saturday, September 3, 2016

Merdeka-59

Beberapa hari sebelum merdeka 59, aku ada pm Facebook ahli pasif Tannah untuk menyiapkan satu poster kemerdekaan. Beliau tak reply whatsapp itu sehinggalah tiba-tiba muncul poster ini daripada beliau.  

Thank you!

by Nasih Ulwan

Festival Filem Malaysia ke-28 #FFM28

Ada beberapa aspek dalam pengajuran Festival Filem Malaysia ke-28 kali ini yang masih berada di takuk lama dan tidak berubah cara pemikiran dan pelaksanaannya. Kita lupakan dulu tentang kontroversi anugerah utama yang terpaksa dipecah dua kerana masalah rasis pihak FFM, itu sudah letih sesetengah pihak memperjuangkannya namun hasilnya cuma rebranding kategori, apa yang hendak dikomen hari ini berkisar tentang majlis itu sendiri.

1- Penyampai anugerah

Sebenarnya sudah berapa lama barisan penyampai-penyampai anugerah ini tahu yang mereka terpilih sebagai penyampai? Dua jam sebelum? Majlis ini dimulakan oleh dua penyampai anugerah, Zizi Zulkifli dan Tam Suhaimi dan pada waktu itu kita sudah nampak betapa elegan dan teraturnya majlis ini bakal berlangsung. Dua figura ini nampak sudah bersedia dan hafal skrip yang diberikan untuk menyampaikan anugerah. Kita boleh nampak mereka mengambil serius perkara ini. Namun seterusnya penyampai-penyampai anugerah yang lain makin lama makin hancur. Erra Fazira sendiri yang dah menghafal berpuluh-puluh skrip pun tak mampu hafal dua baris skrip anugerah. Kenapa?

Kerana mungkin mereka sudah ternama dan nampak perkara ini sebagai tidak serius. Aku tak hafal tahun depan aku naik pentas juga kan? Dalam hal ini, mereka-mereka yang menghafal skrip adalah wira majlis sebenar. 

2 - Mempersenda fizikal

Acara wajib seseorang pengacara majlis Melayu. Dalam hal ini kita nampak Sherry al Hadad bersikap sangat professional dengan tidak mempedulikan Nabil Ahmad (seperti artis penyampai anugerah lain, yang merasakan nama sudah terlalu besar dalam industri) yang sepanjang masa mempersenda fizikal. Cukup-cukuplah. Banyak perkara lain boleh dituturkan. Rasanya kalau Nabil cuba bersikap formal juga tidak salah dalam majlis sebegini, malah mungkin akan mendapat pujian.

3 - Calon-calon kategori

Bagi sesetengah kategori yang menampilkan sehingga 10 calon, itu sudah kelihatan seperti jadual filem-filem tahun 2015. Kenapa tidak mampu untuk bariskan lima sahaja? Apa gunanya juri jika tak mampu bariskan lima terbaik? Atau sebenarnya memang ada lima terbaik tapi secara politiknya, terpaksa juga meletakkan filem ke-6, ke-7 dan seterusnya untuk menjaga hati sesetengah pihak. 

Juri ditugaskan untuk menyaring calon-calon pemenang, bukannya menyediakan jadual filem tahunan.

Namun, ada beberapa perkara juga yang patut diberi pujian. Pemilihan Datuk Rosyam Nor untuk menyampaikan anugerah dengan cara preview calon-calon yang berbeza dengan yang lain agak menarik dan menambah rasa ekslusiviti kepada calon-calon tersebut. Kalau boleh memanglah kita mahukan untuk semua kateogeri disampaikan begitu, namun diakui cara sebegitu agak memakan masa dan keputusan untuk meletakkan kategori Pelakon Lelaki dan Wanita terbaik disampaikan dengan cara begitu agak sesuai.

Daripada aspek persembahan, pemilihan jenis persembahan dan artis agak sesuai dengan sebuah majlis sebegini. Ianya bukanlah sebuah majlis untuk berdansa dan terkinja-kinja, jadi persembahan perlu mempunyai nilai ekslusif dan elegan dan ianya nampak kena dengan majlis.

Cuma FFM perlu lebih menyeluruh, Dalam sesebuah acara black tie sebegini dengan persembahan-persembahan elegan dan hebat, buanglah saja Nabil Ahmad dan lawak di takuk Raja Lawak. Itu sahaja akan mampumembuat majlis ini menepati tema secara menyeluruh.

Untuk filem Jagat, tahniah! Anda memang terbaik walaupun HANYA memenang kategori KEDUA utama. Kita pun tahu siapa penganjur FFM kali ini, jadi takkanlah anak beranaknya tak menang kategori UTAMA.

Sekian daripada seorang penonton, yang kadangkala berpeluang menonton Oscar jika diberi kesempatan masa.

Wednesday, August 31, 2016

Kepercayaan

"Solat on off, mulut tak berhenti mencarut, tapi hidup senang, bisnes maju. Macam mana tu?"

Kepercayaan

Lain orang lain kepercayaan masing-masing. Kepercayaan yang dimaksudkan di sini bukanlah terhad kepada agama dan Tuhan sahaja, namun kepercayaan yang menyeluruh dalam semua aspek kehidupan. Kepercayaan yang disandarkan terhadap sesuatu, contohnya untuk mendapatkan sesuatu kita perlu berusaha bagi mendapatkannya mengikut cara kita sendiri. Itu adalah kepercayaan kita, dan juga logik untuk sesuatu perkara. Kita takkan dapat kalau kita tak berusaha mendapatkannya mengikut apa yang kita rasa betul, bukan? Namun bagaimana kita berusaha itu?

Kita ambil analogi mudah berkaitan wang. Semua orang perlukan wang, dan semua orang akan bertindak dan berusaha untuk mendapatkannya mengikut cara masing-masing. Bagi seseorang yang bekerjaya, tidak kiralah makan gaji ataupun berniaga sendiri, cara untuk mendapatkan wang adalah dengan bekerja dan menunggu hasilnya di kemudian hari. Bagi seorang anak kecil ke sekolah, cara untuk mendapatkan wang ialah menunggu ibu bapa memberi wang saku ke sekolah. Bagi yang dapat secara harian, mereka akan menunggu setiap pagi. Bagi yang dapat secara mingguan pula, mereka akan menunggu setiap pagi Isnin dan kemudiannya mereka perlu bijak berbelanja bagi mencukupkan penggunaan nilai wang itu untuk seminggu. Dan begitulah seterusnya.

Dialog di atas akan mula timbul apabila kita berasa tidak senang dengan kemewahan orang lain. Aku bekerja, dia pun bekerja, tapi kenapa dia lebih senang? Aku bersusah payah untuk mencari duit, dia juga nampak bersusah payah untuk mencari duit, tapi kenapa dia lebih senang? Yang paling penting, aku lebih elok perangai daripada dia, dia pula gemar berhibur, mulut tak berhenti mencarut, tapi kenapa dia lebih senang?

Ini semua adalah berdasarkan kepercayaan masing-masing. 

Dia yang berduit tadi percaya bahawa untuk hidup senang, dia perlu berusaha keras mencari duit. Dia perlu fokus untuk bagaimana dia akan sentiasa dapat meningkatkan simpanan kewangan dia. Dia sangat-sangat percaya yang kerja keras, bangun pagi balik lewat malam dan bekerja hujung minggu adalah kunci kepada limpahan rezeki dan wang yang banyak. Tiada yang salah dalam kepercayaan dia itu, dan sememangnya dia telah buktikannya. 

Manakala untuk mereka yang merungut dan membandingkan kemewahan orang lain pula, dia perlu periksa semula kepercayaan diri dia. Adakah dia percaya bahawa untuk mendapatkan rezeki yang melimpah ruah, dia perlu bekerja keras setiap hari, balik lewat malam, bersengkang mata dan sebagainya. Secara logiknya, ya. Memang itu yang perlu dilakukan dan semestinya dia percaya perkara yang sama. Namun kenapa dia tidak memperoleh seperti apa yang seorang lagi peroleh?

Dia ada kepercayaan lain.

Di dalam hati dia, dia tahu yang kunci kepada segala pintu rezeki sebenarnya bergantung kepada keikhlasan mencari wang dan redha daripada Tuhan. Di dalam hati dia, dia tahu bahawa segala kerja keras itu hanya akan terbalas jika disertakan dengan doa dan kesungguhan dalam beribadat. Mungkin ini yang menyebabkan dia kelihatan kurang berbanding yang seorang lagi. Mungkin dia kurang dalam berbicara dengan Tuhan walaupun itu dia tahu merupakan kunci kepada kesenangan.

Secara mudah, yang seorang ada satu cara untuk capai misi dan dia bersungguh sehingga akhirnya tercapai.

Yang seorang lagi, ada dua cara untuk capai misi namun kurang bersungguh dalam salah satu cara menyebabkan ianya tidak tercapai. Cuba bayangkan jika dia berjaya guna kedua-duanya, tidakkah misi yang dituju itu menjadi dua kali lebih hebat?

Sunday, August 28, 2016

Struggle is Real v1.0

Masuk kerja hujung minggu bukanlah satu perkara yang sedap, terutama sekali bila kerja itu memang tidak 'in' dengan diri anda. Ini yang aku hadapi hari ini, dan sebelum ini juga selalu aku masuk kerja hujung minggu ini. Aku sememangnya tak suka dan tak mahu terbabit dengan kerja hujung minggu, sedangkan kerja waktu biasa 9 pagi hingga 6 petang setiap hari pun sudah banyak menyeksa jiwa dan raga aku.

Mesti anda semua selalu baca, buatlah kerja yang anda suka, nescaya anda tidak akan bekerja setiap hari. Okay itu satu. Ada juga nasihat yang berbunyi, kenapa buat kerja itu kalau kau tak suka? Kenapa nak kena seksa diri sendiri? Sejujurnya, aku tidak ada jawapan lagi untuk itu dan aku harap biarlah aku seorang sahaja dalam dunia ni yang masih tidak ada jawapan. Kalau boleh biarlah semua orang lain gembira dengan kerja dan hidup masing-masing sebab aku tahu perasaannya membuat perkara yang kau tak suka tapi kau tiada jawapan kenapa kau terus melakukannya.

Umpama seekor lembu yang dicucuk hidung, hanya menurut arahan tanpa mengerti kenapa kau menurut arahan. Aku sejujurnya sudah hampir capai limit untuk terus menyeksa diri sendiri ini, tapi aku masih tidak lagi mampu untuk berdiri di atas kaki sendiri dan membuat keputusan yang besar dalam hidup aku. Aku sentiasa rasa aku tak mampu untuk mengubah nasib aku sendiri, walaupun aku tahu orang sekeliling aku ada sahaja yang berharap aku dapat melepaskan diri aku daripada sangkar keliling aku. Jauh dari sudut hati aku percaya mereka di sekeliling tahu aku dalam keadaan terseksa namun mereka dan aku sendiri percaya hanya aku yang perlu membuat keputusan hidup itu.

Sebelum aku pergi lebih jauh, aku mahu bercerita tentang keadaan ofis aku sekarang yang aku percaya tidak ada sebarang masalah untuk mana-mana manusia untuk kekal bekerja dalam suasana kondusif. Masalah itu hanya datang dari dalam diri aku. Aku tak enjoy. Ini bukan cara hidup aku. Aku tidak berniat untuk terus hidup dalam belenggu drawing dan autocad setiap hari, kerana itu sememangnya bukan aku. Aku tidak mahu hidup di meja sendiri setiap hari. Malah jujur aku katakan aku tidak lah rasa bangga jika pergi bekerja itu ada meja sendiri, 'workstation' sendiri dengan monitor dan kertas bertimbun di atas meja dan duduk di depan meja sepanjang hari. Itu bukan suatu yang aku banggakan! Langsung! 

Aku lebih bangga jika kerja aku itu memerlukan aku berada di merata-rata tempat, bangun 3-4 pagi untuk travel ke tempat lain, tidur 1-2 pagi kerana baru pulang dari kawasan yang lain bertemu sesiapa dan berurusan, dan yang paling penting sentiasa berinteraksi dan diberi peluang untuk sentiasa berkomunikasi dengan cara yang bijak. Itu aku mahu. Aku rindu sewaktu hidup aku zaman belajar, di mana aku dikenali dengan seorang yang boleh dan mampu untuk membuat presentation dan bercakap di khalayak dengan lancar. Itu lebih menarik! Kau membina keyakinan diri! Keyakinan diri bukan dibina di hadapan pc dari pagi hingga petang. Dan untuk aku pula aku yakin keyakinan diri agak lambat dibina dengan menghadiri mesyuarat setiap minggu dan bertemu orang. Aku mahu hari-hari bertemu dan belajar daripada orang. Itu jauh lebih hebat!

Aku perlukan semangat itu dalam diri aku. Aku perlukan satu tumbukan ke muka untuk membolehkan aku keluar dari belenggu yang aku sangat rimas berada di dalamnya. Aku masih mencari-cari kekuatan namun kadang-kadang aku percaya juga yang kekuatan aku semakin hari semakin terhakis kerana sibuk duduk di hadapan pc setiap hari. Aku tak dapat bina kekuatan diri dengan cara itu. 

Buat masa sekarang untuk jangka pendek, aku target aku akan berada di ofis sama hingga awal tahun depan. Kenapa? Pertama sekali, kerana aku akan melangsungkan perkahwinan pada penghujung bulan 10 jadi ini bukanlah masa tepat untuk menukar kerja. Aku perlukan keadaan hidup yang stabil, cuti yang dah dikumpul serta wang. Namun aku sentiasa berharap agar jika ada rezeki aku dapat keluar awal dan mula membina keyakinan diri aku melalui pekerjaan yang aku gemar. Aku sentiasa berharap agar lebih serius menguruskan kereta sewa, namun aku perlu untuk sekurang-kurangnya mempunyai seorang partner yang bijak dalam hal ini. Aku enjoy kereta sewa kerana aku dapat ke mana-mana dan berjumpa ramai orang dan belajar dari jalanan.

Ya! Itulah keyword untuk apa yang aku mahu lakukan dalam hidup ini.

Belajar dari jalanan.

Setakat aku cek post aku melalui blog ini, memang hampir tiada reader. Okaylah, sebab aku menulis bukan untuk mendapat penghargaan orang, aku cuma merasakan jari-jari aku seakan gembira untuk menjadi medium aku meluahkan perasaan. Aku juga, seperti apa aku pernah tulis sebelum ini, gemar dengan bunyi jari-jari aku menaip. Jadi jika anda terbaca post ini secara tidak sengaja, harap anda semua doakan yang terbaik untuk aku. 

Aku tak malu untuk mengaku aku ini serba serbi kurang. Sebab sekurang-kurangnya aku dah lepaskan beberapa peratus masalah dalam fikiran aku ke keyboard. Aku gembira begitu. 

Sekurang-kurangnya adalah gembira sikit dalam sangkar kerimasan ini.

Tuesday, August 23, 2016

A.Ash Design: Piala Kebangsaan 2016



Untuk Piala Kebangsaan (Negeri Sembilan), IKMAL FC bertemu Ansara Serting bagi penentuan johan bagi Negeri Sembilan. Johan akan melayakkan diri untuk bertemu dengan johan bagi negeri lain bagi merebut Piala Kebangsaan.

Untuk sebarang tempahan dan design rilek-rilek, boleh hubungi saya.


Ariff Ashman
014-5327392
ariff.ashman@gmail.com

Thursday, August 11, 2016

First Timer

Di usia yang baru menginjak 24 tahun, termasuk pengalaman setahun bekerja di architecture firm dan sebelum ini setahun tambah waktu pengajia kerana repeat subjek, aku dah dapat kenalpasti satu masalah dalam diri aku. Kekurangan lah katanya.

Aku jenis manusia yang tidak boleh buat sesuatu kerja dengan baik pada kali pertama. Aku akan fail teruk, atau dalam kata lain, kerja itu memang tak akan lengkap dan seringkali menghampakan orang lain. Banyak kali dah perkara sebegini berlaku dan aku perlahan-lahan mula menyedarinya.

Contohnya kalau di tempat kerja, kerja yang pertama kali aku buat pasti akan mengambil masa yang sangat lama dan selalunya tidak akan lengkap. Selalunya kerja itu akan disambung orang lain ataupun dan aku terasa sangat useless hidup di dunia ini. Kalau di rumah pula, kerja-kerja bertukang ataupun kerja-kerja rumah yang biasa semuanya aku akan fail buat kali pertama. 

Dari segi bisnes dan kemahiran berkomunikasi, aku selalunya akan menyesal selepas melakukan sesuatu transaksi ataupun selepas berkomunikasi dengan seseorang kali pertama. Selalunya sewaktu berjumpa dengan orang lain, aku agak sukar memulakan perbualan dan kalau berbual pun aku tidak pandai direct perbualan itu kepada sesuatu yang menarik. Bila dah habis berbual, baru aku akan analyse satu persatu dan mula sedar salah aku.

Begitu juga bisnes. Urusan jual beli pertama aku memang akan fail. Baru-baru ini aku buat jersi untuk team aku guna kaedah sublimation. Hasilnya jersi tu tak cantik. Ini kali perama aku guna kaedah ini. Kalau bab tawar menawar beli barang pulak jangan cakaplah. Memang hancur. Aku memang tiada kemahiran sebab selalunya setiap barang yang aku nak beli ialah barang pertama kali beli dan barang yang selalunya aku beli pulak memang jenis harga fixed. Haha.

Aku perasan aku hanya akan mula berjaya membuat sesuatu kerja itu dengan hasil yang baik dan cantik hanyalah apabila aku repeat banyak kali kerja itu. Dari segi time consuming, semestinya aku akan banyak rugi. Untuk mendapatkan sesuatu hasil yang baik yang boleh dilakukan oleh orang lain dengan satu dua kali cubaan, aku perlu mengambil 10 kali cubaan contohnya. Dari segi kepercayaan, aku sering kali akan hilang kepercayaan daripada orang lain kerana execution aku terhadap sesuatu kerja itu hancur saat aku menyempurnakan kerja. Dari situ aku sudah tidak dapat kepercayaan orang.

Aku baru teringat. Bab gagal kali pertama ini juga aku boleh relate dengan cara aku menyampaikan maklumat. Aku masih ingat dan akan ingat sampai mati bagaimana cara aku menyampaikan hasrat aku untuk berkahwin kepada keluarga besar aku. Memang hancur teruk dan aku rasa aku telah menghampakan semua orang dengan cara aku itu. Perlukah diceritakan? Tidak perlu rasanya tapi bagi sesiapa yang nak tahu dan elak dari buat macam aku boleh contact.

Sememangnya ini sesuatu kekurangan aku yang sangat jelas. Disebabkan ini aku hilang kepercayaan daripada orang, seringkali gagal, tidak termotivasi untuk mencuba benda baru dan macam-macam lagi.

Apa yang aku boleh lakukan hanyalah kuatkan azam untuk mencuba setiap perkara dan konsisten melakukannya jika benar-benar komited. Itu sahaja. Sebab untuk pertama kali aku akan gagal, maka aku sudah tahu untuk kali kedua dan ketiga aku tidak sepatutnya gagal lagi. Jadi kenapa tidak aku teruskan.

Aku hanya perlu buang rasa takut mencuba itu, dan paling penting, cuba sedaya mungkin untuk meminimumkan peratus hilangnya kepercayaan orang kepada aku. Banyak cara aku boleh buat. Antaranya, cari orang berpengalaman. Itu jugak susah tu sebab aku fail untuk berkomunikasi kali pertama! Haha. 

Bye!

Tuesday, August 9, 2016

A.Ash Design: MRSM Kter Reu'16

Ini merupakan design terbaharu saya untuk program reunion MRSM Kuala Terengganu 1985. Semoga majlis mereka berjalan lancar dan penuh dengan gelak tawa.




Untuk design rilek-rilek,

014-5327392
Ariff Ashman
ariff.ashman@gmail.com

Wednesday, May 18, 2016

Semua file PSD hilang

Sebagai designer yang sedang meningkat naik, kita kena juga merasa turun.

Dan sekarang, psd saya yang kebanyakannya design-design yang anda lihat dalam blog ini semua hilang.

Baiklah, doakan saya naik semula. Saya sedang tabah ni.

Thursday, May 12, 2016

A.Ash Design : IKMAL FC Jersey

Aku diberi peluang untuk design jersey pasukan IKMAL untuk season 2016-2017. Berikut adalah proposal.

Logo SMAP Labu sebagai konsep utama

Logo SMAP Labu masih kelihatan cuma stripe diutamakan sebagai trademark utama team bola sepak.


Korang suka mana satu?


Ariff Ashman
Designer ke?
014 532 7392

Tuesday, April 19, 2016

A.Ash Design: Piala Alumni 2016 Poster

Salam.

Ini adalah poster untuk Piala Alumni 2016 Suku Akhir antara IKMAL dan Ansara Jasin.

Poster yang kedua ialah untuk IKMAL Sr. v VIOBA -  Liga Alumni Sarjana.

Macam biasa, siapa nak minta saya design rilek-rilek, design tak berapa hebat harga berpatutan sila roger.

Ariff Ashman
0145327392
ariff.ashman@gmail.com

#designthatverycheap



Wednesday, April 6, 2016

Monday, March 21, 2016

#ashmanbelina (majlis pertunangan)

Bismillah.

Alhamdulillah langkah pertama daripada sejuta langkah berlangsung dengan sederhana dan jaya. Terima kasih kepada semua yang membantu dan mendoakan. Semoga perjalanan untuk membina kehidupan baharu selepas ini akan sentiasa dipermudah dan diberkati. InshaAllah.














Team Kuantan People!







Sunday, March 13, 2016

Balik buat kerja di rumah

Selalunya, setiap kali nak balik dari kerja, saya akan email kerja yang tak sempat siap (kerja memang banyak, bukannya sesaja taknak siapkan) kepada diri saya sendiri dengan harapan menggunung, aku akan siapkan sebelum masuk kerja esok.

Pukul 12 malam

Insha Allah pagi besok aku set alarm awal sikit untuk start buat kerja. Sambil-sambil tu boleh tahajjud sambil bukak game bola.

Pukul 4 pagi

Terjaga dari tidur. Gila hebat alarm aku. Apa yang lebih hebat ialah aku terus sambung tidur sambil pasang niat, insha Allah aku akan bangun awal subuh dan siapkan sebelum kerja.

Pukul 6 pagi

Gila! Betul-betul bangun ikut apa diniatkan. Aku terus mandi, solat subuh dan kemudiannya sambung baring kejap dengan niat awal lagi 630 serius aku start.

Pukul 9 pagi

Sampai ofis dan start sambung kerja semalam dengan harapan bos tak marah.


Kesimpulan mudah daripada cerita mudah ini.

Jangan ambil architecture,

A.Ash Design: MARA 50th Oldschool Autoshow

Design poster terbaru daripada saya untuk MARA 50th Oldschool Autoshow.

Untuk khidmat design rilek-rilek, boleh contact saya +60145327392.

Sebut kata kunci, "harga member-member je lah.." dan anda akan dapat harga murah. Saya memang takleh dengar orang cakap camtu.



Saturday, February 20, 2016

Mesyuarat Agung Tahunan IKMAL ke - 13

Ini merupakan kali kedua saya diberi peluang oleh IKMAL untuk design poster. Poster simple saja janji mesej sampai..




Sunday, January 24, 2016

Akim & The Majistret AJL30

Siapa yang tengok persembahan Akim & The Majistret masa AJL30 dan orang yang mengambil tahu serba sedikit muzik Korea, pasti akan rasa yang watak dan karakter Akim sekarang dah menyerupai Lee Hongki FT Island.

Simple. Assalamualaikum.

Saturday, January 2, 2016

Sewa Kereta Myvi 2016




Marilah sewa kereta. Kereta baru lagi!

Hala Tuju Drama Melayu

Sejak dua menjak ni orang Melayu yang hidup dalam negara kita ni disajikan dengan drama-drama dengan tajuk yang tak berapa masuk akal dan sangat picisan. Drama-drama ini kebanyakannya diadaptasi daripada novel-novel yang popular dalam kalangan orang Melayu. Aku nampak ini memang satu masalah, baik dari segi tajuk drama itu sendiri hinggalah kepada content nya yang aku rasa tak pernah ada perubahan sejak dulu lagi.

Rasanya kalau ditanya sesiapa sahaja orang Melayu tentang apakah itu drama Melayu, rasanya perkara yang secara puratanya akan diucapkan oleh semua orang ialah cinta yang tidak kesampaian, cinta antara dua darjat, ibu tiri yang tidak setuju, seorang wanita antagonis yang dari awal sampai akhir berdendam, Dato’ dan Tan Sri yang ada syarikat sendiri contohnya Berjaya Holdings dan segala macam Holdings yang lain, kisah tangkap khalwat dan kahwin paksa dan dua tiga perkara lain lagi yang sama. Apakah maksud ini semua?

Drama kita tidak pernah cuba untuk berubah dan menambahbaik isi dan jalan cerita. Semuanya cliché.

Kenapa jadi begini? Bolehkan aku katakana bahawa mentaliti dan corak pemikiran orang Melayu kita memang sampai tahap tu saja? Sama ada kita tidak pernah mahu membawa budaya kita kearah yang lebih serius dan berfikir ataupun memang sebenarnya kita sudah menyerah kalah dan membiarkan orang putih saja do the thinking?

Drama berkisar profession

Aku seringkali berasa cemburu bila melihat orang putih ataupun drama-drama korea dan jepun yang seringkali cuba mengangkat tema berkaitan profesion dalam drama-drama mereka. Watak-watak yang utama dalam drama digambarkan mempunyai kerjaya tersendiri dan diceritakan secara terperinci tentang selok-belok dan apa yang berlaku dalam kehidupan seharian mereka. Banyak juga yang dramanya memang terus mengambil latar belakang sesuatu profession it uterus macam CSI, Scrub, Law & Order dan bermacam lagi.

Adakah tiada kisah cinta dalam drama-drama profession sebegitu? Adakah pula tiada unsur lawak dan jenaka dalam drama sebegitu? Kadang-kadang lawak mereka lagi bagus dan berfikir daripada lawak di Astro Warna.

Dalam drama Melayu pula kita dihidangkan dengan watak-watak Dato’ dan Tan Sri yang nampak kaya raya menguruskan syarikat masing-masing? Syarikat jenis apa yang diurus? Adalah kadang-kadang mereka tersasul menyebut mereka bisnes apa. Scene tengah bermesyuarat? Itu memang selalu ada tapi mesyuarat pasal apa dan apa sebenarnya berlaku dalam bilik mesyuarat semua orang tak tahu. Yang ada cuma pengumuman anak bos dilantik untuk menguruskan syarikat. Tahniah! Ada jugak drama yang tunjuk watak utama tu arkitek tapi ada lah sekali watak tu duduk kat pejabat tengah melukis pelan. Hmmm jarang dah rasanya arkitek melukis pelan lagi tengah-tengah malam dengan computer bertutup.

Walaupun aku tak mengharap selepas ini hanya drama-drama profession sahaja yang ditayangkan namun aku sentiasa berharap agar setiap drama yang ada sekurang-kurangnya memaparkan dengan detail apa sebenarnya kehidupan setiap watak itu sendiri untuk menyara hidup. Kerana itulah reality hidup! Kita bukannya hidup dengan bercinta dan kahwin paksa sahaja. Orang Melayu kita perlu lihat realiti setiap profession yang ada di Malaysia ini hatta peniaga warung kecil-kecilan sekalipun. Kena paparkan perit jerih mereka menguruskan bisnes masing-masing supaya orang kita dapat berlajar sesuatu.

Drama-drama seperti Awan Dania dan zaman dulu-dulu sikit macam Gerak Khas perlu dibanyakkan lagi walaupun aku tak kata itu adalah yang terbaik. Namun sekurang-kurangnya ada usaha untuk menonjolkan variasi pekerjaan yang ada di Malaysia ini dan apa yang berlaku di sebaliknya.
Aku juga tidak boleh menolak pandangan bahawa kemungkinan besar drama-drama profession sebegini dapat menanam azam kepada sesetengah remaja yang masih tercari-cari kekuatan diri dan hala tuju masing-masing. Sayang sebenarnya kerana kita ada pembikin filem yang hebat dan sesetengah drama yang baik jalan cerita dan sinematografinya namun tajuk dan tema drama pula tidak sesuai dan membina.

Mungkin juga mereka tidak tahu reality kehidupan profession ini kerana mereka hanya membikin filem. Di sini pula datangnya syarikat-syarikat yang boleh bekerjasama untuk menayangkan relaiti kehidupan bekerja masing-masing dan secara tidak langsung sebagai suatu sumber promosi (jika syarikat itu mempunyai produk) ataupun satu sumber inspirasi kepada masyarakat lain untuk meminati profession mereka dan menjadi lebih kritis dalam pemikiran.


Jika kita mampu lari dari drama melayu yang cliché dan mula menayangkan realiti kehidupan bekerja masyarakat sekarang secara serius dan diterima penonton, itu mungkin tanda kita sudah bersedia untuk setapak lebih maju.