Friday, December 25, 2015

TedXYouthKL

Assalamualaikum.

Baru-baru ini aku berkesempatan untuk pergi ke TedXYouthKL yang berlangsung di Subang Jaya. Pertama sekali, aku memang sangat teruja sebab benda TED ni aku dah follow lama dekat youtube dan boleh kata bila aku cucuk earphone dalam telingan masa kat office dan aku tak tahu nak dengar apa, aku akan buka channel TED ataupun TEDX dan dengar secara rawak mana-mana video. At least boleh isi kehidupan aku kat office bila masa aku terlampau bosan menghadap CAD.

Sekarang aku nak tulis pengalaman aku sepanjang majlis itu berlangsung. Nak kata review tidaklah sampai ke tahap itu tapi lebih kepada perasaan dan after thought acara hari itu.

MADE IN THE FUTURE

Venue. Untuk pertama kalinya aku menjejakkan kaki ke EX8 Subang Jaya yang terletak dalam kawasan perindustrian. Tempat ini dipenuhi dengan kawasan-kawasan kilang ataupun pusat servis kereta dan tiba-tiba ada sebuah bangunan untuk event. Dari segi parking tiada masalah sebab hari itu hari Sabtu dan tak banyak kawasan itu yang beroperasi so boleh parking tepi-tepi jalan. Jalan pun tak busy. Tempat agak menarik, bangunan ala-ala hipster kata budak-budak sekarang dengan menggunakan besi, batu-bata tanpa plaster dan segalanya yang korang selalu nampak dalam cafe hipster. Ala-ala PJ Trade jugak. Surau disediakan walaupun agak jauh untuk berwuduk, tandas okay dan yang lain okay. 

Cuma masalah satu je yang aku nampak. Main auditorium untuk tempat ini iaitu tempat utama acara TEDX ni berlangsung. Dari segi penampilan langsung tiada masalah. Aku suka dengan main audi yang besar itu serta kapasiti yang boleh muat sampai seribu lebih orang tanpa ada masalah audio, sejuk terlampau dan sebagainya. Masalah mula timbul apabila hujan lebat. Agak tak munasabah main audi yang sepatutnya kedap bunyi daripada luar tetapi tidak dan bunyi hujan yang agak kuat yang jatuh ke atap mengganggu pendengaran audiens semasa presenter bercakap. Mungkin designer tak sempat pikir yang sebenarnya benda paling mustahak masa design main audi ialah ia perlu kedap bunyi daripada luar sebab di situ lah banyak event dan perbincangan akan berlangsung. Terlampau pentingkan penampilan sampai lupa bahagian atap. Tapi aku tak salahkan team TedX sebab mungkin masa diorang sound check ataupun nak pilih tempat tu, hari cerah atau hujan mungkin tak lebat.

Nak hipster boleh tapi kena praktikal.

Presenter. Secara jujurnya aku yakin ramai yang ke TedX ni datang sebab presenter nya. Aku pun begitu, namun bagi aku presenter tak berapa penting sangat. Aku cuma nak hadir ke sesi Ted atau TedX sebab aku teringin untuk berada dalam atmosfera ilmu yang mana orang-orang yang pakar berkongsi kepakaran atau kejayaan masing-masing untuk memberi inspirasi kepada orang lain untuk mencari kekuatan diri. Aku sememangnya yakin TedX tidak akan salah memilih presenter kerana mereka tahu kriteria apa yang perlu ada pada seseorang presenter untuk menginspirasi orang lain. Jadi aku hanya hadir berbekalkan minda yang terbuka.

Barisan presenter kalini terdiri daripada pelbagai latar belakang. Syed Azmi (aktivis sosial), Jaymee Tan (Malaysia cheerleading pioneer), Dr Francis Ng (botanist yang buka secret garden di rooftop One Utama), Prakash Daniel (kelaka nak mati), Ruben Cortes (earthship biotecture), Melvyn Gnai (budak 14 tahun world champ main gitar), Andrew Lee (magician, first time tengok magic besar depan mata), Jason Lim (controversial film maker), Dr Dhesi Raja (physician), Ir Ahmad Hadri (CEO of Green Tech Malaysia, yang mana aku belajar bahawa Henry Ford lah penyebab kereta kita mencemarkan bumi sekarang ni sebab dia sailang Karl Max, orang yang terlebih dahulu mencipta kereta elektrik yang lebih mesra alam), Faye Jong (inventor yang wakil Malaysia ke LA dan menang antara yang top kata sana, dia seriously inspiring walaupun baru 17 tahun) dan Syed Saddiq (pendebat terbaik dunia kategori ESL dan budak UIA).

The only worst day is yesterday.

Keseluruhannya, sesi hari itu sangatlah inspiring. Barisan presenter sememangnya layak untuk berada di atas pentas. Masing-masing bagi aku berjaya mencapai satu tahap di mana mereka berjaya membuka mata dan memberi kesedaran kepada kita untuk sama-sama berjaya dan sentiasa bermimpi untuk mengubah dunia, bukan sekadar diri sendiri. Inilah pertama kali aku hadir dalam sesi yang aku sendiri mahu hadir, bayar sendiri dan dapat rasa kepuasannya sendiri. Selalunya dulu-dulu sama ada aku dipaksa hadir ke talk-talk sebegini, ataupun sememangnya talk itu free. Dalam banyak-banyak presenter, ternyata yang paling menyentuh hati aku ialah Faye Jong, yang pada usia 17 tahun dah berjaya harumkan nama negara di 2014 International Science and Engineering Fair di LA, California denan memenangi 'Best of category' award dan 'First Place' award. Entah kenapa pada masa dia bercucap aku rasa aku dah bazirkan banyak masa dalam hidup aku dengan kerja-kerja yang tak berfaedah dan aku terfikir kenapa aku tak nak berubah menjadi seperti dia yang sangat berdedikasi dan percaya dengan kemampuan diri. Bayangkan, pergi ke World competition dengan berbekalkan ciptaan kain dan bertanding dengan budak-budak lain yang bawa robot dan bermacam teknologi canggih yang lain. Tapi apa kata dia, believe in yourself dan nampaknya terbukti.

Seperti orang lain, aku berharap event ini akan sentiasa berlangsung dari tahun ke tahun atau lebih hebat setahun dua kali.







Dan seperti orang lain juga, aku sentiasa berharap aku yang akan berada di atas pentas itu nanti, dan menyampaikan ucapan untuk memberi inspirasi kepada orang lain.

No comments:

Post a Comment