Thursday, December 17, 2015

Mudah dan Bermakna

Banyak perkara yang Tuhan tunjukkan terus berlaku depan mata kita tanpa bertangguh. Untuk kita terus sedar dan terus berfikir tentang besarnya kekusaan-Nya.

Hari ini, benda yang mudah saja terjadi kepada aku. Sewaktu lunch hour, aku memecut menggunakan motor Shah untuk ke CIMB Kampung Baru. Ada urusan personal loan yang perlu dibuat.

Sampai sahaja sudah pukul 1.20. Masih berbaki 40 minit sebelum masuk ke ofis semula. Memang target harini aku memang tak dapat makan tengah hari sebab nak selesaikan urusan ini. Aku kemudiannya naik ke tingkat atas dan sampai sahaja ada 2 orang di kaunter dan seorang yang sedang menunggu di kerusi. Aku kemudiannya duduk. Untuk pengetahuan semua kaunter untuk urusan ni tiada nombor giliran.

Kemudian datang sepasang suami isteri muda duduk sebelah aku. Aku memandang jam. 1.25 petang dan aku makin risau.

Kemudian makcik kaunter tanpa segan silu panggil pasangan yang dating lewat daripada aku untuk berurusan, dan mereka juga tanpa rasa bersalah terus ke kaunter, tanpa ada rasa nak bagitahu makcik tu yang aku sampai dulu.

Dalam hati aku dah panas.

1.35 dan nama aku belum dipanggil. Kemudian seorang officer yang agak tua mengambil tempat duduk di kaunter dan memanggil nama aku. Hati agak panas. Officer itu yang pangkat pakcik agak tenang menyerahkan dokumen-dokumen untuk aku tandatangan.

1.45. Semua settle. Sementara itu pasangan yang tadi serta seorang lagi pelanggan sebelum itu masih belum selesai. Officer yang aku berurusan ini memang suruh aku tandatangan saja dan dia akan tuliskan yang lain, sedangkan officer lain suruh pelanggan lain tulis sendiri maklumat peribadi.
2 petang dan aku dah ada dalam ofis.


Cuba bayangkan kalau awal dan dapat officer2 sebelum tu? Entah pukul berapa aku masuk ofis. Sekian. Cerita mudah saja cuma saja aku nak taip melampau-lampau banyak. Kan aku dah kata aku suka dengar irama keyboard hasil kelajuan jari aku menaip.

No comments:

Post a Comment