Thursday, December 31, 2015

2015 - 2016

Di saat aku menulis ni tahun baru 2016 baru saja muncul selama 27 minit. Tepat pukul 12 malam tadi aku cuma terdengar dentuman bunyi bunga api bersahut-sahutan masa aku sibuk layan nasi goreng ayam dekat kedai tomyam depan kubur. Seperti biasa bila tiba tahun baru orang akan bercakap tentang azam baru. Maka muncullah jugak cakap-cakap macam azam aku dua tiga tahun lepas tak tertunai lagi, azam aku tahun ini ialah untuk menunaikan azam tahun lepas yang aku dah pasang sejak dua tahun lepas setelah aku berniat tiga tahun lepas. Standard, ko bukak facebook merata orang bercakap pasal azam. So apa azam tahun baru aku?

Jadilah seorang yang apabila ditanya apakah kelebihan kau ada, kau bercakap tentang apa yang kau boleh sumbang kepada manusia lain. Jangan apabila ditanya apa kelebihan kau ada, kau hanya menjelaskan sifat-sifat diri kau yang tak mampu menyumbang apa-apa.

Siang tadi semasa aku dekat ofis, bos aku ada share satu link dekat group whatsapp ofis. Artikel itu sangat panjang namun isi penting dia, kau ni adalah kosong kalau kau tak mampu memenuhi kehendak orang lain atau memberi sumbangan kepada orang lain. Contoh mudah dalam artikel tu begini; kau selalu membicarakan "Macam mana aku boleh dapat kerja?" padahal soalan yang perlu kau utarakan ialah, "Macam mana aku boleh jadi seseorang ada ciri-ciri yang diperlukan majikan?". Berbeza bukan? Kau sibuk untuk mencanang tentang kelebihan diri kau sedangkan dalam dunia sekarang ini orang mahu tahu apa yang kau boleh beri kepada orang lain.

Itu membuatkan aku terfikir dan aku merenung kembali tahun 2015 aku. Adakah selama ini aku berada dalam mindset yang salah? Sebenarnya aku rasa ya. Aku memang orang yang jenis berfikiran sebegitu. Aku lebih pentingkan ciri-ciri aku daripada cuba untuk menjadi ciri-ciri orang yang diperlukan masyarakat sekeliling. Contoh mudah; bila orang tanya aku study apa aku jawab architecture. Waah semua rasa kagum padahal bukan ada apa pun. Arkitek ni glamour saja duit takda pun. Tapi apa aku buat untuk menyumbang kepada orang sekeliling? Haprak. Nak tolong design ke orang pun malas, apatah lagi nak buat kerja-kerja sukarelawan universiti ke atau join kelab-kelab ke. Tiada. Arkitek hidup dalam dunia sendiri kurang bersosial dengan orang lain selain kaumnya. In the end, kau tak menyumbang apa-apa pun.

Sebab itu 2016 ini aku pasangkan azam. Pertama, aku nak cari apa yang orang luar sana perlukan daripada aku? Repair kereta and tahu pasal kereta? Belajar selamatkan orang masa kecemasan? Belajar berpidato dan berhujah untuk orang lain? Memasak? Apa-apa saja yang orang boleh benefit daripada aku aku mahu cuba. Aku taknak lagi menjadi seperti yang dulu yang mana aku tak lengkapkan diri aku untuk hidup menyumbang kepada orang. Aku tak mahu hanya sekadar sembang kosong di kedai mamak setiap hari tanpa ada sebarang perkara yang aku buat. Rugi! 

Untuk tahun 2016 ni alhamdulillah aku rasa aku bermula dengan baik. Aku baru sahaja startup company yang mana kerja utama nya adalah kereta sewa diikuti dengan kerja-kerja yang aku tahu buat lain macam design dan sebagainya. Aku mahu kembali menjadi aku yang agak gembira dengan kehidupan aku 2 tahun lepas yang mana aku buat kereta sewa dan mula berjinak-jinak untuk bertemu orang sekeliling dan berpeluang menyumbang sesuatu kepada orang. Tentu sekali ko akan rasa happy bila wang sewa kereta bertukar tangan jadi milik kau bukan? Tapi bukan itu sahaja yang buat aku rasa gembira. Aku rasa gembira apabila aku dapat menolong kereta-kereta orang yang tak boleh nak hidup dengan aku datang bawak jumper, aku rasa gembira dapat jumpa dengan orang-orang lain yang ada masalah peribadi dan aku sewakan kereta dengan harga yang berpatutan dengan niat menolong jugak dan aku juga rasa gembira bila aku dapat solve masalah-masalah melibatkan kereta eksiden, duit tak bayar dan macam-macam lagi. Kau dapat kenal dunia and masa sama kau dapat kenal apa yang ada dalam diri kau yang kau dapat guna untuk tolong orang.

Aku rasa rugi hidup aku duduk terperuk hari-hari depan pc. Memanglah dapat duit tiap bulan tapi banyaknya benda aku terlepas dari jalanan..

Apa-apa hal pun Ahmad Maslan menteri terbijak dunia ada berpesan supaya buatlah 2 kerja untuk menampung kos sara hidup masa kini. Aku cuba ikut kata-kata beliau. Beliau seorang cendekiawan, jadi rugilah kalau tak ikut. Itu yang aku cuba buat sekarang cumanya walaupun aku mengaku duit itu penting, aku lagi rasa pengalaman hidup itu lagi bermakna kalau aku buat 2 kerja.

Apa-apa pun aku berharap tahun baru ini aku dapat meluaskan lagi kemahiran aku dan semoga dapat bertukar kerja oppss. Secara jujurnya aku tidak berapa minat duduk depan pc dari 9 pagi hingga 6 petang. Aku tak berapa minat bila aku tak dapat berkomunikasi dengan ramai orang dan masa sama belajar benda-benda baru pasal kehidupan. Nak kata belajar benda baru dekat tempat kerja pasal kerja banyaklah, tapi again.. apa lah sangat orang nak tengok kehebatan aku buat CAD. 

Member kereta rosak tepi jalan, aku berhenti dan buat CAD.. contohlah,,,

Okay itu saja. Satu lagi azam aku ialah minimum satu post seminggu dekat blog ini. Orang kata kehebatan kita buat sesuatu tu bukannya datang dari passion dan semangat kita, tapi berapa ribu kali kita membuatnya. Sebab itu benda tu jadi lebih hebat bila apa yang kau buat beribu kali itu juga adalah passion dan minat kau.

Sekian. Jangan kata bila tahun baru Masihi 2016 kau takleh berazam sebab tu tahun Kristian. Setiap hari boleh berazam cuma bagi aku, apabila sistem dunia sekarang memerlukan kita hidup dan mengikut tahun Masihi kita ikut lah dulu. Dia macam kau masuk sekolah Januari tapi kau taknak masuk tingkatan lima sebab tu tahun Masihi, kau nak masuk tingkatan lima bulan lima nanti bila dah tahun Islam..

Susahlah macam tu...

Saturday, December 26, 2015

Performance Graph

Kalau graf ibadah aku diambil kira dari mula-mula aku masuk sekolah menengah, sehinggalah sekarang iaitu dah masuk 7 tahun tinggalkan sekolah, dia akan jadi macam bukit.

Masuk-masuk sekolah menaik je graf, puncak dia confirm la waktu tingkatan 5 sebab time tu SPM so banyak berdoa dan tahajjud semua dan lepas tu dia turun secara sekata perlahan-lahan sehinggalah bacaan grafnya kembali berada di bawah sepertimana sebelum aku masuk sekolah menengah.

Dulu aku tak berapa bangga lah sangat masuk SMAP LABU sebab kamon sekolah agama kot aku ni dah lah hip hop tapi sekarang baru terasa perbezaannya. 

Sekarang ni ada jual tak ubat lembutkan hati?

Friday, December 25, 2015

TedXYouthKL

Assalamualaikum.

Baru-baru ini aku berkesempatan untuk pergi ke TedXYouthKL yang berlangsung di Subang Jaya. Pertama sekali, aku memang sangat teruja sebab benda TED ni aku dah follow lama dekat youtube dan boleh kata bila aku cucuk earphone dalam telingan masa kat office dan aku tak tahu nak dengar apa, aku akan buka channel TED ataupun TEDX dan dengar secara rawak mana-mana video. At least boleh isi kehidupan aku kat office bila masa aku terlampau bosan menghadap CAD.

Sekarang aku nak tulis pengalaman aku sepanjang majlis itu berlangsung. Nak kata review tidaklah sampai ke tahap itu tapi lebih kepada perasaan dan after thought acara hari itu.

MADE IN THE FUTURE

Venue. Untuk pertama kalinya aku menjejakkan kaki ke EX8 Subang Jaya yang terletak dalam kawasan perindustrian. Tempat ini dipenuhi dengan kawasan-kawasan kilang ataupun pusat servis kereta dan tiba-tiba ada sebuah bangunan untuk event. Dari segi parking tiada masalah sebab hari itu hari Sabtu dan tak banyak kawasan itu yang beroperasi so boleh parking tepi-tepi jalan. Jalan pun tak busy. Tempat agak menarik, bangunan ala-ala hipster kata budak-budak sekarang dengan menggunakan besi, batu-bata tanpa plaster dan segalanya yang korang selalu nampak dalam cafe hipster. Ala-ala PJ Trade jugak. Surau disediakan walaupun agak jauh untuk berwuduk, tandas okay dan yang lain okay. 

Cuma masalah satu je yang aku nampak. Main auditorium untuk tempat ini iaitu tempat utama acara TEDX ni berlangsung. Dari segi penampilan langsung tiada masalah. Aku suka dengan main audi yang besar itu serta kapasiti yang boleh muat sampai seribu lebih orang tanpa ada masalah audio, sejuk terlampau dan sebagainya. Masalah mula timbul apabila hujan lebat. Agak tak munasabah main audi yang sepatutnya kedap bunyi daripada luar tetapi tidak dan bunyi hujan yang agak kuat yang jatuh ke atap mengganggu pendengaran audiens semasa presenter bercakap. Mungkin designer tak sempat pikir yang sebenarnya benda paling mustahak masa design main audi ialah ia perlu kedap bunyi daripada luar sebab di situ lah banyak event dan perbincangan akan berlangsung. Terlampau pentingkan penampilan sampai lupa bahagian atap. Tapi aku tak salahkan team TedX sebab mungkin masa diorang sound check ataupun nak pilih tempat tu, hari cerah atau hujan mungkin tak lebat.

Nak hipster boleh tapi kena praktikal.

Presenter. Secara jujurnya aku yakin ramai yang ke TedX ni datang sebab presenter nya. Aku pun begitu, namun bagi aku presenter tak berapa penting sangat. Aku cuma nak hadir ke sesi Ted atau TedX sebab aku teringin untuk berada dalam atmosfera ilmu yang mana orang-orang yang pakar berkongsi kepakaran atau kejayaan masing-masing untuk memberi inspirasi kepada orang lain untuk mencari kekuatan diri. Aku sememangnya yakin TedX tidak akan salah memilih presenter kerana mereka tahu kriteria apa yang perlu ada pada seseorang presenter untuk menginspirasi orang lain. Jadi aku hanya hadir berbekalkan minda yang terbuka.

Barisan presenter kalini terdiri daripada pelbagai latar belakang. Syed Azmi (aktivis sosial), Jaymee Tan (Malaysia cheerleading pioneer), Dr Francis Ng (botanist yang buka secret garden di rooftop One Utama), Prakash Daniel (kelaka nak mati), Ruben Cortes (earthship biotecture), Melvyn Gnai (budak 14 tahun world champ main gitar), Andrew Lee (magician, first time tengok magic besar depan mata), Jason Lim (controversial film maker), Dr Dhesi Raja (physician), Ir Ahmad Hadri (CEO of Green Tech Malaysia, yang mana aku belajar bahawa Henry Ford lah penyebab kereta kita mencemarkan bumi sekarang ni sebab dia sailang Karl Max, orang yang terlebih dahulu mencipta kereta elektrik yang lebih mesra alam), Faye Jong (inventor yang wakil Malaysia ke LA dan menang antara yang top kata sana, dia seriously inspiring walaupun baru 17 tahun) dan Syed Saddiq (pendebat terbaik dunia kategori ESL dan budak UIA).

The only worst day is yesterday.

Keseluruhannya, sesi hari itu sangatlah inspiring. Barisan presenter sememangnya layak untuk berada di atas pentas. Masing-masing bagi aku berjaya mencapai satu tahap di mana mereka berjaya membuka mata dan memberi kesedaran kepada kita untuk sama-sama berjaya dan sentiasa bermimpi untuk mengubah dunia, bukan sekadar diri sendiri. Inilah pertama kali aku hadir dalam sesi yang aku sendiri mahu hadir, bayar sendiri dan dapat rasa kepuasannya sendiri. Selalunya dulu-dulu sama ada aku dipaksa hadir ke talk-talk sebegini, ataupun sememangnya talk itu free. Dalam banyak-banyak presenter, ternyata yang paling menyentuh hati aku ialah Faye Jong, yang pada usia 17 tahun dah berjaya harumkan nama negara di 2014 International Science and Engineering Fair di LA, California denan memenangi 'Best of category' award dan 'First Place' award. Entah kenapa pada masa dia bercucap aku rasa aku dah bazirkan banyak masa dalam hidup aku dengan kerja-kerja yang tak berfaedah dan aku terfikir kenapa aku tak nak berubah menjadi seperti dia yang sangat berdedikasi dan percaya dengan kemampuan diri. Bayangkan, pergi ke World competition dengan berbekalkan ciptaan kain dan bertanding dengan budak-budak lain yang bawa robot dan bermacam teknologi canggih yang lain. Tapi apa kata dia, believe in yourself dan nampaknya terbukti.

Seperti orang lain, aku berharap event ini akan sentiasa berlangsung dari tahun ke tahun atau lebih hebat setahun dua kali.







Dan seperti orang lain juga, aku sentiasa berharap aku yang akan berada di atas pentas itu nanti, dan menyampaikan ucapan untuk memberi inspirasi kepada orang lain.

Thursday, December 17, 2015

Mudah dan Bermakna

Banyak perkara yang Tuhan tunjukkan terus berlaku depan mata kita tanpa bertangguh. Untuk kita terus sedar dan terus berfikir tentang besarnya kekusaan-Nya.

Hari ini, benda yang mudah saja terjadi kepada aku. Sewaktu lunch hour, aku memecut menggunakan motor Shah untuk ke CIMB Kampung Baru. Ada urusan personal loan yang perlu dibuat.

Sampai sahaja sudah pukul 1.20. Masih berbaki 40 minit sebelum masuk ke ofis semula. Memang target harini aku memang tak dapat makan tengah hari sebab nak selesaikan urusan ini. Aku kemudiannya naik ke tingkat atas dan sampai sahaja ada 2 orang di kaunter dan seorang yang sedang menunggu di kerusi. Aku kemudiannya duduk. Untuk pengetahuan semua kaunter untuk urusan ni tiada nombor giliran.

Kemudian datang sepasang suami isteri muda duduk sebelah aku. Aku memandang jam. 1.25 petang dan aku makin risau.

Kemudian makcik kaunter tanpa segan silu panggil pasangan yang dating lewat daripada aku untuk berurusan, dan mereka juga tanpa rasa bersalah terus ke kaunter, tanpa ada rasa nak bagitahu makcik tu yang aku sampai dulu.

Dalam hati aku dah panas.

1.35 dan nama aku belum dipanggil. Kemudian seorang officer yang agak tua mengambil tempat duduk di kaunter dan memanggil nama aku. Hati agak panas. Officer itu yang pangkat pakcik agak tenang menyerahkan dokumen-dokumen untuk aku tandatangan.

1.45. Semua settle. Sementara itu pasangan yang tadi serta seorang lagi pelanggan sebelum itu masih belum selesai. Officer yang aku berurusan ini memang suruh aku tandatangan saja dan dia akan tuliskan yang lain, sedangkan officer lain suruh pelanggan lain tulis sendiri maklumat peribadi.
2 petang dan aku dah ada dalam ofis.


Cuba bayangkan kalau awal dan dapat officer2 sebelum tu? Entah pukul berapa aku masuk ofis. Sekian. Cerita mudah saja cuma saja aku nak taip melampau-lampau banyak. Kan aku dah kata aku suka dengar irama keyboard hasil kelajuan jari aku menaip.

Tuesday, December 8, 2015

A.Ash Design: Futsalabu 8

Salam.

Job pertama untuk IKMAL / Alumni Smap Labu. Siapa sangka cara aku menabur bakti kepada sekolah atau rakan-rakan sekolah dengan cara ini. Moga banyak lagi aku dapat menabur jasa pada bekas sekolah tempat menuntut ilmu dunia akhirat.

Siapa sangka juga, aku menabur bakti dengan bermain bola untuk alumni sekolah. Itu pun aku tak sangka.