Siapa yang tengok persembahan Akim & The Majistret masa AJL30 dan orang yang mengambil tahu serba sedikit muzik Korea, pasti akan rasa yang watak dan karakter Akim sekarang dah menyerupai Lee Hongki FT Island.
Simple. Assalamualaikum.
Sunday, January 24, 2016
Saturday, January 2, 2016
Hala Tuju Drama Melayu
Sejak dua menjak ni orang Melayu
yang hidup dalam negara kita ni disajikan dengan drama-drama dengan tajuk yang
tak berapa masuk akal dan sangat picisan. Drama-drama ini kebanyakannya
diadaptasi daripada novel-novel yang popular dalam kalangan orang Melayu. Aku nampak
ini memang satu masalah, baik dari segi tajuk drama itu sendiri hinggalah
kepada content nya yang aku rasa tak pernah ada perubahan sejak dulu lagi.
Rasanya kalau ditanya sesiapa
sahaja orang Melayu tentang apakah itu drama Melayu, rasanya perkara yang
secara puratanya akan diucapkan oleh semua orang ialah cinta yang tidak
kesampaian, cinta antara dua darjat, ibu tiri yang tidak setuju, seorang wanita
antagonis yang dari awal sampai akhir berdendam, Dato’ dan Tan Sri yang ada
syarikat sendiri contohnya Berjaya Holdings dan segala macam Holdings yang
lain, kisah tangkap khalwat dan kahwin paksa dan dua tiga perkara lain lagi
yang sama. Apakah maksud ini semua?
Drama kita tidak pernah cuba
untuk berubah dan menambahbaik isi dan jalan cerita. Semuanya cliché.
Kenapa jadi begini? Bolehkan aku katakana
bahawa mentaliti dan corak pemikiran orang Melayu kita memang sampai tahap tu
saja? Sama ada kita tidak pernah mahu membawa budaya kita kearah yang lebih
serius dan berfikir ataupun memang sebenarnya kita sudah menyerah kalah dan
membiarkan orang putih saja do the thinking?
Drama berkisar profession
Aku seringkali berasa cemburu
bila melihat orang putih ataupun drama-drama korea dan jepun yang seringkali
cuba mengangkat tema berkaitan profesion dalam drama-drama mereka. Watak-watak
yang utama dalam drama digambarkan mempunyai kerjaya tersendiri dan diceritakan
secara terperinci tentang selok-belok dan apa yang berlaku dalam kehidupan
seharian mereka. Banyak juga yang dramanya memang terus mengambil latar
belakang sesuatu profession it uterus macam CSI, Scrub, Law & Order dan
bermacam lagi.
Adakah tiada kisah cinta dalam
drama-drama profession sebegitu? Adakah pula tiada unsur lawak dan jenaka dalam
drama sebegitu? Kadang-kadang lawak mereka lagi bagus dan berfikir daripada
lawak di Astro Warna.
Dalam drama Melayu pula kita
dihidangkan dengan watak-watak Dato’ dan Tan Sri yang nampak kaya raya
menguruskan syarikat masing-masing? Syarikat jenis apa yang diurus? Adalah
kadang-kadang mereka tersasul menyebut mereka bisnes apa. Scene tengah
bermesyuarat? Itu memang selalu ada tapi mesyuarat pasal apa dan apa sebenarnya
berlaku dalam bilik mesyuarat semua orang tak tahu. Yang ada cuma pengumuman
anak bos dilantik untuk menguruskan syarikat. Tahniah! Ada jugak drama yang
tunjuk watak utama tu arkitek tapi ada lah sekali watak tu duduk kat pejabat
tengah melukis pelan. Hmmm jarang dah rasanya arkitek melukis pelan lagi tengah-tengah
malam dengan computer bertutup.
Walaupun aku tak mengharap
selepas ini hanya drama-drama profession sahaja yang ditayangkan namun aku
sentiasa berharap agar setiap drama yang ada sekurang-kurangnya memaparkan
dengan detail apa sebenarnya kehidupan setiap watak itu sendiri untuk menyara
hidup. Kerana itulah reality hidup! Kita bukannya hidup dengan bercinta dan
kahwin paksa sahaja. Orang Melayu kita perlu lihat realiti setiap profession
yang ada di Malaysia ini hatta peniaga warung kecil-kecilan sekalipun. Kena
paparkan perit jerih mereka menguruskan bisnes masing-masing supaya orang kita
dapat berlajar sesuatu.
Drama-drama seperti Awan Dania
dan zaman dulu-dulu sikit macam Gerak Khas perlu dibanyakkan lagi walaupun aku
tak kata itu adalah yang terbaik. Namun sekurang-kurangnya ada usaha untuk
menonjolkan variasi pekerjaan yang ada di Malaysia ini dan apa yang berlaku di
sebaliknya.
Aku juga tidak boleh menolak
pandangan bahawa kemungkinan besar drama-drama profession sebegini dapat
menanam azam kepada sesetengah remaja yang masih tercari-cari kekuatan diri dan
hala tuju masing-masing. Sayang sebenarnya kerana kita ada pembikin filem yang
hebat dan sesetengah drama yang baik jalan cerita dan sinematografinya namun
tajuk dan tema drama pula tidak sesuai dan membina.
Mungkin juga mereka tidak tahu reality
kehidupan profession ini kerana mereka hanya membikin filem. Di sini pula
datangnya syarikat-syarikat yang boleh bekerjasama untuk menayangkan relaiti
kehidupan bekerja masing-masing dan secara tidak langsung sebagai suatu sumber
promosi (jika syarikat itu mempunyai produk) ataupun satu sumber inspirasi
kepada masyarakat lain untuk meminati profession mereka dan menjadi lebih
kritis dalam pemikiran.
Jika kita mampu lari dari drama
melayu yang cliché dan mula menayangkan realiti kehidupan bekerja masyarakat
sekarang secara serius dan diterima penonton, itu mungkin tanda kita sudah
bersedia untuk setapak lebih maju.
Subscribe to:
Posts (Atom)